Monday, February 14, 2011

Dobi ASZ Jom Cuci


Dobi ASZ Jom Cuci terletak di AAG/16, Jalan Plumbum AA7/AA Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Ia terletak bersebelahan dengan Balai Polis Sek 7. Dibuka pada pertengahan tahun 2009. Ini adalah dobi layan diri. Beroperasi dari jam 11:00 pagi sehingga 11:00 malam. tetapi kadang-kadang akan meleret sehingga jam 1 pagi ketika sibuk.

Mesin basuh di sini boleh memuatkan sehingga 7kg baju dan mesin pengering (dryer) sehingga 9kg baju. tetapi di galakkan kepada pengguna untuk tidak memasukkan baju-baju terlalu banyak, kemungkinan besar baju yang di basuh tidak bersih atau sabun yang di masukkan tidak hancur dan akan menyebabkan sabun melekat di baju.
Begitu juga dengan dryer kerana ia akan menyebabkan baju lambat kering. Walau bagaimana pun pengguna boleh membuka dan menutup pintu dryer itu untuk memangambil baju-baju yang telah kering, supaya pakaian yang tebal atau yang susah untuk kering mempunyai cukup ruang. Biasanya baju yang sangat susah untuk kering ialah t-shirt -'inner'.

Washer

Washer


Cara-cara mengguna kan mesin basuh.
Ada beberapa cara untuk mengguna kan mesin basuh:
A.
1. masukkan sabun,
2. masukkan duit syiling yang secukupnya
3. tekan butang 'color'
4. biarkan air masuk seketika - untuk menghancurkan sabun
5. masukkan baju
6. tutup pintu measin basuh dan biarkan ia 'bekerja'
B
1. masukkan kain, sabun
2. masukkan duit syiling yang secukupnya
3. tutup pintu mesin basuh
4. tekan butang 'color'
5. biarkan ia 'bekerja'
*** jika anda ingin memasukkan pelembut @ softner, boleh di masukkan sama ada penunjuk masa menunjukkan baki 10 minit atau boleh juga dimasukkan bersama-sama dangan sabun sebelumnya.

Mesin basuh ini mengambil masa selama 26 minit untuk siap.

Setelah siap boleh la mengangkat kain-kain itu tadi ke mesin pengering atau dryer.
Minimum dryer ialah 36 minit iaitu RM 3, tetapi ia boleh di tambah sekiranya kain yang hendah di keringkan itu banyak.
Dryer

Sila lah berkunjung ke kedai Dobi kami.

No comments:

Post a Comment