Wednesday, February 16, 2011

2nd trip to Trengganu

Sempena cuti Tahun Baru Cina Feb 2011, sebelum balik kg, menyinggah lagi ke Trengganu. Trip ni bersama dengan keluarga Baharuzaman pulak. Sebelum ni dgn keluarga Bakri.
Tempat persinggahan untuk tidur. RM70/night.




Bersiar-siar  di sekitar pantai sementara nak keluar semula untuk makan malam.
Ombak terlalu besar walaupun sekarang telah masuk bulan februari.







Dinner Time...






Taman - di tepi pantai batu buruk





Anis Azzahrah & Bashirah












Monday, February 14, 2011

Dobi ASZ Jom Cuci


Dobi ASZ Jom Cuci terletak di AAG/16, Jalan Plumbum AA7/AA Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Ia terletak bersebelahan dengan Balai Polis Sek 7. Dibuka pada pertengahan tahun 2009. Ini adalah dobi layan diri. Beroperasi dari jam 11:00 pagi sehingga 11:00 malam. tetapi kadang-kadang akan meleret sehingga jam 1 pagi ketika sibuk.

Mesin basuh di sini boleh memuatkan sehingga 7kg baju dan mesin pengering (dryer) sehingga 9kg baju. tetapi di galakkan kepada pengguna untuk tidak memasukkan baju-baju terlalu banyak, kemungkinan besar baju yang di basuh tidak bersih atau sabun yang di masukkan tidak hancur dan akan menyebabkan sabun melekat di baju.
Begitu juga dengan dryer kerana ia akan menyebabkan baju lambat kering. Walau bagaimana pun pengguna boleh membuka dan menutup pintu dryer itu untuk memangambil baju-baju yang telah kering, supaya pakaian yang tebal atau yang susah untuk kering mempunyai cukup ruang. Biasanya baju yang sangat susah untuk kering ialah t-shirt -'inner'.

Washer

Washer


Cara-cara mengguna kan mesin basuh.
Ada beberapa cara untuk mengguna kan mesin basuh:
A.
1. masukkan sabun,
2. masukkan duit syiling yang secukupnya
3. tekan butang 'color'
4. biarkan air masuk seketika - untuk menghancurkan sabun
5. masukkan baju
6. tutup pintu measin basuh dan biarkan ia 'bekerja'
B
1. masukkan kain, sabun
2. masukkan duit syiling yang secukupnya
3. tutup pintu mesin basuh
4. tekan butang 'color'
5. biarkan ia 'bekerja'
*** jika anda ingin memasukkan pelembut @ softner, boleh di masukkan sama ada penunjuk masa menunjukkan baki 10 minit atau boleh juga dimasukkan bersama-sama dangan sabun sebelumnya.

Mesin basuh ini mengambil masa selama 26 minit untuk siap.

Setelah siap boleh la mengangkat kain-kain itu tadi ke mesin pengering atau dryer.
Minimum dryer ialah 36 minit iaitu RM 3, tetapi ia boleh di tambah sekiranya kain yang hendah di keringkan itu banyak.
Dryer

Sila lah berkunjung ke kedai Dobi kami.

Friday, February 11, 2011

Jalan Jalan di Gambang Water Park, Pahang & Trengganu



Azzahrah & Maisarah

Ain, Azzahrah, Alia






Pada hujung Dec 2010 tahun lepas, kami sempat berjalan-jalan ke Gambang Water Park , Pahang dan ke Kuala Trengganu sebelum bertolak balik ke kampung, Kelantan Darul Naim. Ini last minute planning sebab ketua keluarga (abah la tu a.k.a Bob) terlalu sibuk.. Plan asal nak gi ke Langkawi, tapi tak jadi sebab Adi balik ke KL.
Tapi alhamdulillah yang penting anak-anak gumbira...
Bertolak dari KL ke Gambang pada hari ahad pagi. Jumpa Baharum di R&R Temerluh. Bila dah sampai di Gambang Water Park, baru berkumpul semua (Borhan sekeluarga, baharum & Bakri). yang lain-lain tak dapat nak ikut sebab persiapan untuk anak-anak sekolah belum siap.. :( . Semua seronok main air.
Jam 6.00 ptg, waterpark dah nak tutup. Semua diminta keluar dari situ.
Lepas dari Gambang Water Park, kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu tempat makan...
Makan malam di Cherating kot.. entah la apa nama tempat tu.. okey lah next time kena tulis notes kat mana tempat-tempat berhenti, senang nak citer. 1st time katakan bercerita di blog ni..
Lepas makan kami bertolak ke Kuala Trengganu. Baharum balik semula ke KL. Ingatkan dah dekat rupanya 3jam lagi.
Jam hampir 12mlm baru la sampai ke tempat menginap a.k.a hotel,  Sumai Hotel  www.sumaisuite-kualaterengganu.com Acctually ni bukan hotel tp apartment 3 bilik.
ruang tamu

dapur

ruang tamu. k.ngah & maisarah

Esoknya anak-anak masih lagi nak main air, so maknya pun masa turun breakfast, intai2 la ada ke kolam mandi kat situ.. jumpa... ada..
apa lagi next session mandi kolam lagi.. anak-anak lah.
lepas mandi, besiap chek-out, gi jalan jalan sekitar Kuala Trengganu.
1st visit di Masjid terapung ( masjid putih)
masjid terapung

Akma, Lokman, Tati, Nazirah, Azzahrah, Umi, maisarah, K.long

Lepas bergambar di mansjid terapung, bertolak ke Taman Tamddun Islam tapi menyinggah sekejap di Muzium Negeri Trengganu. Pada masa tu, ada pertunjukkan haiwan berbisa. Macam-macam ada, ular kela jengking,.. tapi dalam muzium tak boleh ambil gambarrrr...

Lokman, K.Lah, A.Yie, Tati, Akma

Nak naik ke Muzium

Depan Pintu Masuk Muzium. Beli tiket dulu : Abah, k.Cik, Umi, K.Ngah

Depan Muzium, pameran kereta-kereta

Next di Pulau Wan Man a.k.a Taman Tamddun Islam






Tak sempat nak g ke masjid-masjid lain. Nak bertolak balik ke Kelantan pulak.
Next time kena g tengok masjid ni waktu malam.